Fahami dan santuni: Ayuh hari ini bermotivasi dengan pengenalan fungsi dan grafnya. Bermula pengenalan kepada graf linear (1), graf kuadratik (2) dan graf exponent (3). Sebelum itu maksud nilai positif dan nilai negatif pada graf adalah nilai paksi y atau f(x). Seperti graf yang ditunjukkan dibawah.
Nota:
1. Warna hijau merupakan bahagian yang y atau f(x) bernilai positif.
2. Warna merah merupakan bahagian yang y atau f(x) benilai negatif.
(1) Graf Linear merupakan graf garis lurus yang melalui titik origin pada graf. Perbezaan hanyalah pada kecerunan. Sebahagian nilainya dibahagian negatif, dan sebahagian yang lain positif.

![]() |
Graf Kuadratik |
(2) Graf kuadratik pula merupakan graf berbentuk senyuman atau masamam. Bergantung kepada fungsinya negatif atau positif. Juga nilai kuasa tertinggi adalah dua. Bergantung kepada keadaan fungsi sepenuhnya. Oleh itu pengawalan kepada fungsi sangat penting untuk memberi nilai positif infiniti.
![]() | ||||||
Bila bersatu, Ada yang senyum lebar,
|
![]() |
agak2 sama dak?? Hampir simetri kot |
(3) Graf exponent pula seperti separuh U sebelah kanan. Nilainya tidak pernah mencecah kosong, sentiasa positif walaupun keadaan sekitar negatif. Untuk titik kosong juga masih memberi nilai 1, sekurang-kurangnya.
![]() |
Graf Exponent |
Daripada ciri-ciri graf ini dapat kita sebar aura motivasi yang sangat luar biasa. Bagaimana bila cara pemikiran, cetusan hati akan memberi kesan kepada cara kehidupan kita berlangsung.
Jika kita terlampau mementingkan logik maka apa yang berlaku kepada kehidupan kita sangat linear. Bila kita buat kerja 2, maka kita akan dapat 2. Bila 5, maka dapat 5, dan seterusnya. Kadang-kadang bila tak buat apa-apa maka tak dapat apa-apa. Owh ruginya kita kerana bila kita dikawasan negatif, nilai kita juga negatif. Fikiran kita negatif, hidup dalam keadaan stress. Haruslah juga tempias ini kepada orang sekitar kita. Betapa mereka juga sangat menyampah dengan kita, dan sebaliknya sebab biasanya orang bersifat negatif ini akan membentuk kumpulannya sendiri. Akhirnya kehidupan menjadi serabut perut.
![]() |
Serabut peroot ka ni??? |

Ayuhlah ubah cara hidup kita agar seperti exponent!!! Sangat positif
dalam semua keadaan, menerima apa yang berlaku pada dirinya dengan
keredhaan sepenuh hati, tawakalnya juga tersangat luar biasa, orang
tuanya selalu meredhai setiap apa yang dia lakukan. Owh kita dapat
cash!!! (Derhaka pun dapat cash jugak).
Mulakanlah dengan bahagian kanan untuk hidup kita hari ini. Gunakan Otak kanan dahulu baru otak kiri. InshaAllah, walaupun bukan banyak, tapi tempiasnya sudah cukup. Juga, tidak mustahil untuk kita merasainya kerana Allah itu Maha Memakbulkan doa hambanya. Berdoalah sebanyaknya, tidak pula kita rugi.
~Sekadar perkongsian~
~Moga Bermanfaat~
No comments:
Post a Comment