Monday, 20 October 2014

1 Gambaran Nilai Akademik Akan Datang: 1 Kajian Kecil Tanpa Sengaja

Kajian ini bermula secara tidak sengaja apabila saya memberikan 1 ebook percuma untuk golongan yang sudah menjadi ahli akademik dan bakal menjadi ahli akademik. 

Data yang tidak pernah saya fikirkan akan dapat, tetapi itulah tanda-tanda awal krisis yang bakal berlaku. Kesannya mungkin akan menjejaskan dunia akademik daripada sudut nilai, budaya dan cara menghidupkan dunia akademik Malaysia umumnya.

Bermula dengan ayat pengiklanan saya untuk menarik gologan akademik dan bakal akademik untuk bertindak mendownload ebook percuma saya bertajuk: 5 Kesilapan Utama Sebelum Menghantar Tesis. Berikut adalah ayat iklan yang telah diperbaiki setelah respond yang diberikan.


Setelah beberapa hari berpromosi dengan trafik yang agak slow (cuti hujung minggu & Deepavali), Hasilnya saya berjaya menggumpulkan 74 subscriber yang setakat ini seorang pun tidak lagi menekan butang unsubcribe. Angka ini juga diperoleh daripada beberapa negara luar (pelajar-pelajar luar negara yang masih belajar mungkin)


Dalam percubaan pertama menghasilkan ebook berkonsep santai&akademik, data yang diberikan agak menunjukkan hasil penulisan saya mula diterima dan dipercayai. Alhamdulillah!

Namun, data juga menunjukkan betapa kurangnya nilai, penghargaan dan santun bakal akademik untuk menyemarakkan dunia akademik Malaysia dengan nilai etika yang baik sebagai penyelidik, pengajar, role model, pakar  rujuk dan sebagainya di kalangan masyarakat Malaysia. Setakat ini saya hanya menerima 1 sahaja respond balas terima kasih. Betapa sangat budiman insan yang mengucapkan terima kasih ini untuk penulisan kecil ini. Jutaan terima kasih kembali untuk yang budiman ini.



Nota Penting:
 Apapun, yang pasti data ini menunjukkan penulisan saya adalah  biasa-biasa sahaja. Banyak lagi perlu diperbaiki. InshaAllah saya akan menambah nilai ebook yang diberikan dari masa-kesemasa

Untuk mendapatkan ebook percuma tersebut, sila klik sini. 



No comments:

Post a Comment